Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu mencemburui, kerana busy yang teramat sangat. 😁
Biasalah bila hujung tahun menandakan percutian untuk family. Kiranya ini lah masa yang ada untuk sama-sama meluangkan waktu untuk mengeratkan lagi hubungan. Biasanya, anak ke sekolah, mama macam biasa busy di rumah.
Berbalik pada percutian hujung tahun, minggu Christmas tu, dalam perancangan nak ke Gold Coast, Queensland, so macam biasa tugas mama adalah search tempat untuk di lawati. planning memang tidak ke Universal Studio.
So sebelum tu, kena check untuk limitation cross border sebabnya, kami stay kat Victoria, nak ke Queensland tu, masuk New South Wales. Perancangan pergerakan, dari Victoria, kami akan stay overnight satu malam di Sydney, dan keesokannya baru meneruskan perjalanan ke Quensland. Last minute, kami kena tukar plan sebab Sydney outbreak, kes meningkat so memang tak boleh.
Lepas berkira-kira tambah tolak darab bahagi semua, kami setuju untuk bercuti di Adelaide South Australia.Rancangan pergerakan dari Victoria, kami ke Adelaide (satu hari punya perjalanan). Stay kat Adelaide 4 hari 3 malam, kiranya New Year eve kami kat Adelaide.
2 hari satu malam di Hamilton, dan terus ke Great Ocean, lepas tu singgah Tarneit rumah kawan untuk bermalam sebelum bergerak balik ke Wodonga.
Bermulalah pergerakan perjalanan kami pada 29.12.20 jam 6.30 pagi dari Wodonga menghala ke Adelaide.
Oleh kerana pergerakan awal pagi, maka memang masing-masing tak breakfast lagi lah, sebabnya nak breakfast nanti di check point pertama dari En Boss.
So, lepas 2 jam perjalanan, kami berhenti di Check point pertama iaitu Finley Lake untuk breakfast.Cuaca sejuk sampai kami rasa confused sama ada sekarang ni Summer ke Winter. Angin kuat dan sangat sejuk. Kami breakfast Chicken wrap jer dengan air kopi panas yang di masukkan dalam flusk air.
Kesayangan kami Nur Dini
Mama nak posing ala retis kejap
Bila anak dengan mama sama naik
Ini En Boss yang bawa kami
Alhamdulillah, selesai breakfast, kami masih meneruskan perjalanan ke Adelaide lagi. Masih jauh perjalanan yang kami kena tempuh. Dalam perjalanan yang jauh, memang tak der lah kereta kiri kanan, kalau ada pun boleh di bilang dengan jari jer.
Perjalanan kiri kanan, ada jumpa Sea Salt Lake, tapi kering. Maka sempatlah kami ambil gambar . Yang bestnya, siap ambil gambar dekat tengah jalan. Nampak sangat tak ada kereta kan.
Kuasa Allah, kering Tasik.
Khidmat photographer tak berbayar dari my girl
En Boss di tepi tasik yang kering
Tengah jalan, sampai kereta pun tak dak lalu
Alhamdulillah, kami meneruskan perjalanan lagi sehinggalah perut dah mula berkeroncong minta diisi. Biasalah, bila travel jauh, duduk dekat luar negara, susah nak cari makanan halal. Maka, memang mama dah sediakan makanan yang mencukupi sehingga sampai ke destinasi.
Kami singgah di Ooyen Lake untuk lunch dan juga menunaikan solat jamak. Tak kisah lah, walaupun bukan hentian macam Malaysia, yang penting tanggungjaawab kita sebagai umat Islam kena buat. Tu tiang agama kita.
Berbalik ke Ooyen Lake, memang cantik tasik dia. Hijau air dia. Korang tengok jer lah yer.
Menu lunch, mee goreng jer.
10 jam perjalanan baru sampai ke pintu gerbang atau pintu masuk ke South Australia.
Masih lagi meneruskan perjalanan, sehingga checkpoint , biasalah depa check sama ada kami bawa buah-buaha atau kekacang. Alhamdulillah, clear semua, maka kami meneruskan lagi perjalanan.
Akhirnya, tepat 15 jam perjalanan, kami selamat sampai ke tempat penginapan di Adelaide Australia. Alhamdulillah, diberikan keselamatan sampai ke destinasi juga satu rezeki.
Sayup jer, sementara nak sampai.
Alhamdulillah, kami bermalam di sini, Brownhill Creek Tourist Park
Meja makan selesai dinner
Dapur comel jer, oppss, periuk tu bawa sendiri
Siap top-up barang frozen untuk 3 malam
Yang penting air mineral n air kelapa
Seksyen anak siap ada 2 double decker bed
Terapi mama, bawa juga YL nya diffuser, tapi tak bawa luar dia, yang penting yang dalam
Permandangan luar cabin kami
No comments:
Post a Comment