Tuesday, July 28, 2020

Si Burung Hantu

Orang kat Malaysia dok kalut si comel πŸ¦‰ nie habis. So yang nie mama beli kat Oz sebab dah duk sini kan.

So set nie dia datang dengan 1 Essential Oil Lavender. Bukan apa nak pasang lam bilik anak senang sikit. 

Yang nie mama tak buat jual pun, saja pakai sendiri ja... Alhamdulillah. 

Sunday, July 26, 2020

Homemade Mushroom Soup and Garlic bread.

Semalam tetiba teringin nak makan mushrooms soup. So tgk ada bahan dalam peti, makan buat sendiri mushrooms soup & juga garlic bread.

Resepi Mushrooms Soup
BAHAN BAHAN

200 ml air
350 ml fresh milk
Cendawan butang (mama guna fresh punya dalam 6 biji) 
Jagung (saja nak mencantikkan dan memberi tarikan) 
Isi ayam (mama guna dada ayam yang roasted baki masa celebrate birthday en boss) ini di carik carik macam makan bee hoon soup. 
Kiub ayam 2 ketul
Lada sulah ikut rasa
Spagethi herbs
Crushed blacm pepper
Tepung gandum 2 sdb di bancuh dengan air utk memekatkan kuah.

CARA BUAT
1. Maukkan air, fresh milk dan kiub ayam. 
2. Agak mendidih sikit, masukkan jagung, mushrooms, isi ayam, spagethi herbs, lada sulah & crushed black peppers. 
3. Biarkan sehingga mendidih, last sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Masak sehingga nampak pekat sikit. Is done.... 

HOMEMADE GARLIC BREAD

BAHAN BAHAN
Crushed garlic
Lada sulah
Spagethi herbs
Marjerin

CARA BUAT
1. Masukkkan semua bahan dan gaul rata.
2. Sapu di atas roti depan belakang. Ikut suka nak guna roti apa. 
3. Bakar dalm oven ikut suhu masing masing... Mama guna 150 °c selama 15 minit.
4. Siap untuk dihidangkan... 


Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah, en boss dah berusia 41 tahun pada 24 July yang lalu. I doakan you sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah rahmatNya.

Enjoy the moments yang diberikan and i really treats you for your special day. 

Happy birthday once again. 

We ❤️❤️❤️ you so much. 

Saturday, July 25, 2020

His Turn 41

Alhamdulillah syukur, harini 24th July 2020 genap usia En Boss 41 tahun.

Ya Allah, Kau panjangkanlah usia suamiku ini, berikanlah kesihatan yang baik buat suamiku dan Kau berkatilah kehidupannya. Peganglah hatinya agar dia sentiasa di jalan yangblurus, dan jauhkanlah dirinya dari orang orang yang sesat. Aamin ya Mujib. 

Ok oleh kerana harini en boss nya besday, maka mama pun busy kat dapuq nak buat western jer harini. 

Apa menu? Nantikan utk next post okey!

Happy Birthday sayang

Tengok anak dia, bukan main mengusik papa....

We ❤️❤️ u dunia akhirat.. Aamin

#NizaAbdRani 

Thursday, July 23, 2020

Kek Red Velvet

Alhamdulillah dari subuh tadi mama dok prepare bahan - bahan untuk buat kek besday en boss. Bukan apa, kalau siap harini 12MN boleh ler e kita kasi besday boy cut.

So lps sahur pagi tadi, siapkan dulu bahan bahan nak buat kek red velvet. Dah lama dah tak buat kek nie...
Bahan bahan pun simple jer. Kiranya senang lah buat kek nie kalau nak conpare buat chocolate indulgence. 

So lps subuh jer, sambil prepare bekal anak, mama pun kalut lah dok putaq kek. Sampai cakap kat en boss, u hantaq anak g school yer. Kita ngan tak mandi dok tunggu kek masak, takut hangit ataupun overbake 😜😜😜

So lps dah siap bakaq, sementara nak tunggu kek sejuk, sajalah dok sembang sembang ngan en boss. 

Lps sejuk, teruih amik pemotong untuk jadikan kek kepada 2 layer gitew. Yer lah Frosting Cream cheese ja, lps tu letak ler buah πŸ“πŸ“ ngan 🍫🍫 utk hiasan. 

Maka tepat jam 12.40 tadi siaplah kek besday utk en boss. Jangan kecam okies sebab mama bukan baker professional. Setakat nak makan family tu insyaAllah boleh lah. 


Frosting Cream Cheese mmg buat tak tebal


Harap menepati citarasa. Aamin. 

#NizaAbdRani 
#mamalovesbaking 


Wednesday, July 22, 2020

Chicken Wrap

Alhamdulillah. Sekolah kat Malaysia dah di buka harini. Dok baca status Fb mama, mak, ibu, umi, mommy semua pening kepala bila anak anak kena bawa bekal sendiri lepas nie.

Alhamdulillah mama dah biasa buat dr anak masuk school lagi. Sampai sekarang dah 6 tahun dok sediakan bekal.

Ok harini mama buat simple jer utk anak sebab wrap jer yang ada. Maka buat chicken wrap jer.

Sayur salad nie kena potong macam nie senang dia makan dan tak ketepikan. 

Lps tu letak ler Ayam dengan kentang.. Senang n nak jimat masa, mama masukkan dalam air fryer, lagi mudah n tak berminyak. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Lps tu mama wrap dengan baking paper and aluminium foil, masukkan dalam plastic.. Jadilah  yer nak.


Nie utk dimakan sebelum g school.. Complete semua ada. 
 Biasanya mama akan letak fruits, air kotak, n snack biasanya mmg akan letak chocolate 1. Moga anak mama kenyang harini. 

So mommy yang lain anak u all bawa bekal apa? Meh ler share.

#NizaAbdRani 

Tuesday, July 21, 2020

SERAWA DURIAN

Alhamdulillah.. Simple jer manisan hari nie... Buka freezer nak amik lain, ternampak tanpa sengaja durian frozen

Ohhh tiba tiba terasa macam sedap jer makan serawa doyan n pulut. 

Tanpa mama pikiaq panjang, terus buat semua tu. Kalau kena  pikiaq.... πŸ€”πŸ€”πŸ€”Macam tak jadi je.

Ok lah hampa layan jer gambaq, sbb i nak tuq dah.


#NizaAbdRani 

Daging Merah Ala Thai

Tak pernah buat pun sebelum nie. Kiranya first time lah kan. So masa tanya cik gugel, resepi nie dari Sis Shiela Rusli.

Bila tengok bahan yang digunakan sangat simple. 

Meh mama share resepi nie. Confirm jadi. 

Bahan - bahan

Daging, di rebus dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. 
 1 biji Bawang Holland
Capsicum merah dan hijau... (nie mama guna setiap color hanya suku jer) 
Bawang putih untuk menumis
Kacang panjang (kalau suka lah) 
Sos Tomato
Sos Tiram
Sos ikan
Cili giling 2 sdbesar
Daun bawang (mama tak letak sebab x ada) 

Cara buat:
1. Masukkan sedikit minyak, dan gorebg yang di rebus tadi hingga kekuningan sikit dan asingkan ke tepi. 

2. Tumis bawang putih, dah agak garing sikit, masukkan cili giling dan tumis hinhga masak atau garing.

3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau 

4. Masukkan daging dan kacau sebati. Masukkan bawang holland, capsicum tadi. 

5. Satukan rasa dengan garam dan gula. 

6. Siap dah. Cukup rasa semua. 

FEVERET πŸ˜‹πŸ˜‹

Alhamdulillah, simple jer menu harini. Tetiba teringin nak makan bayam rebus ja.. Kononya makanan orang sihat lah tu 😘😘

Tak kisah ler yang penting boleh makan. 

Simple but delicious... Rebus jer takder letak minyak pun. Bukan tumis. 

Shepherd's Pie

Tudia, menu orang putih. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tetiba mama teringin nak buat Shepherd's Pie. Kebetulan pergi Coles belanja barang dapuq, jumpa belas comel. Bukan apa sebab kaler MERAH tu tak tahan. 

So balik dari shopping, terus ler sediakan bahan. Nasib bahan semua cukhp 😜😜😜

Ok jangan tanya mama sukatan tau sebab nie main campak jer yang penting ada rupa dan rasa. 


Kiranya nie bahan utama lah yang kena ada. 

Bahan bahan (yang mama guna tau) 

6 biji kentang
Cendawan butang
Beef minced
1 biji Bawang holland
Capsicum hijau & merah (suka hati korang nak letak ka tak mo letak) 😝😝😝
Garam
Spagethi herbs
Spagethi sauce @ tomato puree (mama guna spagethi sauce. 

Cara buat:
Kentang di rebus lepas tu lecek - lecek macam buat homemade mashed potato. 
Masukkan garam sedikit, butter, white peppers n susu segar. 

Untuk inti:
Tumis bawang, & capsicum sampai naik wangi (mama guna butter utk menumis) 
Masukkan cendawan butang. 
Lepas tu masukkan minced beef dan goreng seketika sampai agak kering sikit, baru masukkan spagethi sauce. Masukkan garam secukup rasa dan spagethi herbs. Oh yer, mama saja tambah lemon pepper. Lps dah masak ketepikan sekejap. 

Ok, first sekali, layer kan kentang dalam bekas yang korang nak bakaq lah kan. Macam mama dlm bekas kecik comei nie.
 
Nie kentang yang di lapisan bawah, nipis jer tau jangan buh semua... 

Lepas tu masukkan inti.. Banyak mana korang nak buat terpulang lah kan. πŸ˜…πŸ˜…

Cheese tu optional lah korang nak letak atau tak yer. Mama letak sebab en boss suh letak. 🀣🀣🀣🀣🀣

Tutup balik ngan kentang (sebab tu jangan letak banyak nanti tak cukup. Yang satu tu tak cukup  lah tu.. So lepas tu letak cheese sebagai layer atas ) 

Dah tu, pukui sebiji kuning telur, sapu lah kat permukaan atas tu untuk bagi berkilat. Mama lepas tu tabur sikit spagethi herbs sebelum bakaq. 

Ok mama bakaq dalam suhu  150°c selama 15 - 20 minit. 

Siap di hidangkan. Sebiji dah habis, ada baki 3 biji utk mama sahur esok.... 

Selamat mencuba ualls. 

Sunday, July 19, 2020

BurgerπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Harini mood masak ke laut. Tengok lam freezer ada sambal ikan bilis left over buat nasi lemak.

So dalam kepala terasa nak makan πŸ”πŸ‡²πŸ‡Ύ. So g dapur mama pun buat lah adunan. Oleh kerana kat sini winter, so masuk jer dalam dough maker, confirm jadi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. 

Bahan - bahan yang diperlukan:

4 cwn tepung gandum
11gm yis
2 sdb butter (mama guna marjerin) 
2 sdb susu pekat
2 sdt baking powder
2 sdb gula kastor
1/2 sdt garam (elak berdekatan ngan yis masa dlm dough maker) 
1 cwn air suam

Cara bancuhan:
Masukkan semua bahan dalam dough maker tunggu sampai cukup time. Mama nya dough maker amik masa 1 jam setengah. 

Cukup time tumbuk tumbuk masa keluarkan dari dough maker, lps tu mama timbang setiap ketui 40 gm. Kenapa timbang? Barulah sama besar. Lps tu bulat2kan dan tekan sikit bagi leper.
Kan semua sama besar jer.. Comel lah sikit. Lps tu biar lah dalam 10 minit baru goreng.

Gorenga dengan api perlahan tau supaya dia tak masak mengejut. Nanti dalam tak masak.. Mama punya 3 biji terover garing, lps tu dlm x masak. Jawapannya masuk mr tong lah kan. 

Warna perang perang tu kira dah masak lah. 
Lps tu potong letak timun & sambal bilis. Sedia dihidangkan. 
Dalam dia gebu n lembut

So selamat mencuba. InsyaAllah dah banyak kali buat guna resepi nie dan hasilnya memang superb. 



Jom Bangkit

Seharian semalam dalam kelas marketing untuk bangun balik HERRA bersama founder. So tugas mama adalah untuk menyiapkan e-book agar dapat kongsi manfaat dengan team untuk membetulkan kembali niat mereka dalam menjalankan perniagaan.

Semoga usaha mama dan founder mendapat redha dari Allah S. W. T.

Masih dalam proses menyiapkan terjemahan.

Semoga ianya menjadi Asbab untuk kami dari HERRA GLOBAL TRADING untuk membantu mereka menjana pendapatan.

#NizaAbdRani 
#HERRA

Saturday, July 18, 2020

Cincin Sekut Tawar

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah , baru jer habis kelas marketing, so sekarang nak share tentang cincin sekut twar nie. Cantikkan bila terletak kat jari manis ualls. Nie nak bagi harga mur mur dan kasih sayang jer. Jom pergi kat ALBUM BARANG KEMAS nak tengok barang barang yang ada di jual lagi.


Lawa ke Lawa terletak kat jari manis nie?



Jom bangkit semula

Ya Allah kau berkatilah ilmu yang akan ku pelajari harini. Ini semua perjuangan yang baru bermula.

Doakan kejayaan ku dan juga partner agar dapat membantu mereka di luar sana untuk menjana pendapatan. 

Dah ready untuk zoom meeting. 

Kuew Teow Goreng

Hi semua. Harini mama nak share resepi mudah and simple jer bila mama goreng kuew teow.

Oleh kerana harini mama busy kelas marketing kejap lahi, maknanya masak yang simple dan mudah jer. Nasib baik en boss mama tak cerewet. 

Kiranya nie yang mesti ada lah kan. 
Ok first sekali tentulah kena tumis bawang putih dan cili blend dulu yer tak. Ok kat Aussie nie, mama mmg akan potong bawang pitih siap siap, lps tu masukkan dalam botol yang berisi dengan olive oil dan kemudian simpan dalam peti ais. Lebih fresh😊😊😊

Lps tu dah agak agak cili dah masak, macam biasalah mama akan masukkan 3 kicap nie. Kiranya tak yah masukkan garam dah dalam masakan.

Masukkan dalam mangkuk seperti gambar di atas. Kiranya nak bagi balance lah rasa dia. Cukup masin dan manis. 

Lepas tu masukkan udang dan sotong dan goreng sampai masak. 
Agak agak dah masak udang n sotong tu, masukkan lah kuew teow, tauge n kucai. Rasa lah agar kena ngan citarasa masing masing. 

Taraa dah siap. Simple jer utk lunch harini. Selamat menjamu selera uolls.. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

#NizaAbdRani 

Breakfast Persediaan Sebelum Kelas

Harini mama akan ada kelas marketing dari jam 9 pagi sampai 5 petang. So nak bagi ada energy nie kita breakfast dulu.

Alahai simple jer makan πŸ₯ croissant n left over soup ayam jer. Jadilah, yang penting white coffee ☕ untuk menyegarkan biji mato.

Uall dah breakfast ke? Nie japg mama nak goreng kuew teow ja utk lunch. Senang sikit.

Jom blogwalking sat nie busy takut tak sempat singgah blog uall. 

Friday, July 17, 2020

Sebiji Limau Mandarin

Ohhh nie mama punya feveret nie. Sementara nak tunggu masuk waktu Ieyak, sambil menonton dengan family kami masing masing akan cari makanan untuk mengunyah. 😜😜😜 Macam mana nak kuruskan... 😝😝😝

Ok sambil dok layan TV ngan anak dan en boss, mama amik limau kupas dan makan. Limau nie sedapnya, sebiji tak cukup tau!
Confirm sorang 3 biji πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Takper makan buah jer.. Hahhaha esok bangun dah kurus πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Jom makan limau sambil nonton TV. 

Scrub Muka Dan Pentingya Exfoliate Muka Anda!

Apakah Exfoliate atau Scrub!

Exfoliate ialah aktiviti membuang kulit mati.

Masalah kulit apa mampu Scrub muka selesaikan?

Hai semua. ada 4 masalah kulit yang mampu diselesaikan dengan scrub muka.

1. Pori Tersumbat




Ini merupakan penyumbang utama untuk blackhead ataupun pertumbuhan jerawat.  Dengan membuang sel kering dipermukaan kulit, sekaligus dapat mengelakkan minyak terperangkap dan menjadikan pori muka tersumbat.

2. Kulit Dull ataupun Mati




Setelah membuang kulit lama, kulit baru akan tumbuh dan akan lebih kelihatan fresh dan ianya akan menjadi sekata sekiranya muka di scrub secara berkala.

3.  Kulit Kering


Langkah yang terbaik adalahdengan membuang kulit kering terlebih dahulu barulah lembapkan kulit dengan moisturiser pilihan masing masing. Kalau mama lebih kepada Pure Skin Prep Serum dari HERRA untuk di apply ke muka.

4 Hyper pigmentation.


Ini mungkin akan menjadi igauan bagi sesetengah wanita kerana masalah ini terjadi kerana faktor penuanan, ibu mengandung kerana berlakunya perubahan hormon ataupun faktor genetik @keturunan. Pigmentation ini akan hadir dengan bentuk coklat gelap di wajah. Bagaimana nak atasi masalah ini adalah dengan exfoliation dan juga kombinasikan dengan agen pemutig ataupun vitamin C, Pure Skin Prep Serum HERRA kerana ianya dapat membantu memudarkan parut dan cela di wajah.

Jadi kenapa nak tunggu lama baru nak scrub muka dan pakai serum?
Berminat nak order serum nie boleh jer terus ke FB HERRA BEAUTY MALAYSIA untuk order. Bukan nya mahal pun. Kiranya harga mampu milik tau.

Jom dapatkan segera serum nie. Terbaik di pasaran!


HERRA Pure Skin Prep Serum










Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...