Monday, August 31, 2020

PROMO MERDEKA

Hai korang semua, mama nak share dengan korang walaupun terlambat. Orang putih kata, better lae than never kan, eceh speaking London kejap.

Ok, kalau korang pernah guna produk dari HERRA, nak maklumkanlah yang HERRA tengah buat Merdeka Sale. Harini, adalah hari terakhir promo Merdeka.

Apa yang HERRA jual? Alhamdulillah salah satunya adalah Cranberry Smoothie Scrub Mask yang memang best. Kenapa best? Dia di perkaya dari 9 jenis buah berries, dan dalam scrub itu sendiri ada racikan sebenar buah ranberry untuk kita sental sental manja kat kulit muka.

Pentingkan kalau kita kena scrub muka. bukan apa nak bantu keluarkan sel kulit mati ataupun nak keluarkan kotoran yang tersumbat di liang pori  muka yang boleh menjejaskan kesihatan kulit  muka kita. 

Siapa yang rasa kita kena scrub muka kita boleh lah try. tak percaya boleh tengok FB founder dia. Cranberry Smoothie Scrub Mask nie harga sebelum Promo RM 39 , tapi bila tengah promo ni, harga dia RM 36 seiap dapat free gift cermin poket comel lagi.

berminat korang boleh jer terus wassap  Cik Min HERRA bagi tahu yang korang nak scrub. Ni mama belanja korang macam mana rupa scrub tu.



Itulah cermin poket yang comel tu


Nampak tak warna biji biji merah tu, racikan cranberry sebenar.

Jangan tunggu lama nak meminang scrub mask ni tau!


MALAYSIA KU MERDEKA 63 TAHUN

 Assalamualaikum dan Selamat Pagi.



Selamat Menaymbut Hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun buat Maaysiaku. Walau berada jauh dari Malaysia, namun mama bangga menjadi anak Malaysia.

Pengalaman menaymbut kemerdekaan masa kecil, pernak sekali kot abah mama bawa pegi Dataran Merdeka, kalau tak silap lah kan. Maklumlah masa kcil perasaan teruja tu mesti ada kan.

Tapi sejak berumah tangga dan mempunyai anak, rasanya tak pernah jejak kaki kat Dataran Merdeka lagi. Maybe sebab mama tak suka bersesak sesak dengan ramai orang, maka lebih selesa mennton dari siaran televisyen.

Sekurang-kurangnya, anak ada gambaan macam mana menyambut hari kemerdekaan. Oklah tahu lah juga dari tak tahu. 

inipun sibuk nak cuti katanya Hari Merdeka,😅. Hallo, you sekolah ok sebabb kakak duk kat Australia. Jangan nak menggatal nak cuti. hahahha.

Itulah ragam anak yang nak kena layan. Tapi home school jer. Dia ingat kalau cuti, dia boeh main game dan menonton TV sepanjang hari ke? 

Ok lah orang, Mama nak wish kat semua Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Sayangilah Negara kita yang tercinta. 


SAYA ANAK MALAYSIA!





Saturday, August 29, 2020

17 tahun Jadi isteri en boss

Hai korang. Alhamdulillah hari ni genap 17tahun mama jadi suri hati abang askar 😜.
29 08 2003 hingga 29 08 2020. Alhamdulillah. Syukur sangat sangat. 


Ok oleh kerana harini wedding anniversary, maka awal bulan haritu dah tanya en boss, mau kek apa. 


Hampa tau jawapan dia? Kek ais krim 😲. Tak tau nak rasa apa time tu. Maka dalam kepala jenuh dok pikiaq, macam mana nak buat? 🤔.


Tak pernah buat kan. Maka memberanikan diri juga membuat kek tu. Sepanjang belajaq buat kek, inilah pertama kali kek dok dalam freezer. 


Kiranya ok lah dari tak dak langsung. Alhamdulillah cantik kejadiannya. 
Hampa layan ja lah gambaq yang ada nie yer. Toksah segan nak tinggal komen tau! 😍




Potong kek dengan en boss




Dengan my girl




Keluarga kecil kami




Hasil kek eskrem
 



Alhamdulillah masih bersama 😘😘. 
Semoga kita kekal hingga jannah. 

Friday, August 28, 2020

Berat mata memandang, Berat lagi lagi kaki memikul

Hai korang Selamat petang 😘

Ok harini dam sejarah mama jalan jalan dengan en boss. 

Rasanya dah lama tak je jalan pushing area rumah. So petang tadi lepas asar ajak en boss untuk jalan kaki dalam 2.5km juga.

Sambil jalan biasalah mama ambil gambar. Bukan apa tengah cantik sebab spring is coming 😘

Nampak tak bunga bunga dah mula keluar

En boss dengan baju sejuk, mama selama jer dengan cardigan

Bila wajah berharga AUD 1250. Lemas rasa sambil jalan.. Abaikan mask mama yang dah senget. 

Wednesday, August 26, 2020

Abby kesayangan

Abby kesayangan mama. Kucing pertama mama bela sejak 2015. Masa beli kecil jer, tak sampai 2 kilo pun berat. 

Masa ni dia umur setahun 3 bulan, berat 5.6 kilo. Makan memang cerewet. Nak kena bersuap. 

Abby ni kalau kucing lain sibuk dengat wet food, ayam rebus ke, ikan rebus ke, daging mentah, tapi dia jenis tak suka. Dia lebih prefer makan kibbles. 

Sayangnya Abby dah mati tahun lepas masa 3 bulan mama datang ke Aussie ikut papa. Mama serah kan dia pada tuan baru, mummy moon. 

Maybe dia tak pernah berpisah lebih dari sebulan dengan mama. Masa 2 hari sebelum mati Abby sakit, tiba tiba jadi lumpuh. 

Mummy moon siap video call mama. Mama ingat lagi pandangan sayu abby. Mama sempat cakap,
"Abby sayang, kalau Abby kuat, Abby lawna yer sayang, semua orang sayang Abby, mama pun sayang Abby. 😭😭😭, tapi kalau Abby tak kuat, Mama dan mummy redha Abby pergi jumpa Pencipta. Nanti Abby jangan lupa doakan utk mama dan mummy tau. 😢😥😭. 

Lepas 2 hari mummy Moon call bagi tahu Abby dah pergi, dia tak kuat, tpi tu lah mama redha Abby pergi dari Abby sakit. Mama tahu Abby dah bahagia di sana mama harap Abby tak lupa doakan tuk mama n mummy. 

Tapi itu lah, rasa tak mau dah bela sebab bila kita asyik travel, tak sanggup nak berpisah. Cukup lah sekali. 

Mee goreng

Selamat pagi korang 😘. Lama rasanya mama tak update blog ni. Bukan apa busy sikit tengah sibuk dengan Merdeka Promo.

Alhamdulillah bila bangun pagi tadi, en boss mama cakap goreng mee ajer lah. Terus makan lunch. Tak perlu nak masak dua kali. 

Dalam hati mama melonjak kegembiraan. Senang ya kerja. Bukan apa mama boleh lah masuk ofis awal. 

Simple je mama punya resepi. Kalau rasa nak buat boleh jer. Ini bahan yang ada dalam rumah je sebab tengah lockdown. 

Resepi Mee Goreng Simple

Bahan2nya
Mee kuning (mama guna 2 pek sebab utk lunch sama) 
Udang setengah kilo
Fish cake 1/2 bahagian yang besar
Fish ball 5 biji (itu jer baki yang ada) 
4 biji telur
Bawang putih
3 sudu besar cili blend
Sos Cili
Sos Tiram
Kicap Manis
Kicap masin
Sayur hijau ( mama guna 4 leaf salad sebab itu jer yang ada 😂) 

Cara memasak
1. Panaskan minyak, tumis Bawang putih sehingga naik bau. 
2. Masukkan cili blend, biar sehingga masak, kemudian masukkan Sos cili, Sos tiram, slkicap manis & Kicap masin. 
3. Dah masak, masukkan udang, fish cake dan fish ball, lepas tu pecah kan telur (agak agak dah ok kacau telur tu yer bagi hancur 😘) 
4. Masukkan mee kuning yang telah di leraikan agar tidak bergumpal yer, kacau sehingga rata. 
5. Last sekali masukkan sayur tadi agar nampak hijau sikit dalam mee tu 😅. 
6. Mama tak letak garam, kalau rasa tawar, tambah sedikit Kicap masin, atau pedas, tambah Kicap manis. Bagi rasa tu balance. 
7. Siap di hidang. Hias sikit dengan cili merah, daun Bawang & Bawang goreng. 
8. Sedia di nikmati seisi keluarga. 

Mee Goreng Simple ala mama gojez😜

Monday, August 17, 2020

Selamat Pagi

Bila orang kata, suri rumah jer, tak perlu lah nak bergaya macam model.

Sebenarnya kan, demi ootd pagi nie, en boss cakap you pakai baju tidur jer ke? 😜

Takperlah, yang penting muka letak foundation HERRA nipis jer sebab nak Ambil cahaya pagi agar lighting cantik. 😂

Dengan cuaca sejuk dekat luar, gagah selfie satu, yang penting ada gaya Mia pakai selendang tak?

Kalau nak jadi Mia tak nak lah sebab terseksa perasan dengan Mak Leha. Cukup lah mama terseksa perasan nak masak apa harini 🤣.

Selamat pagi semua.

Friday, August 7, 2020

Hokaido Cake

Bila petang petang hujan, perut pun lapaq. Maka dok fikir nak buat apa. So masuk dapur, terus cari resepi Hokaido Cake.

Alhamdulillah senang jer buat dia. Takder lah susah mana. Ok, gambar untuk setiap step takder lah. Nie mama share resepi. 

Resepi Hokaido Cake

Langkah 1
4 biji telur putih
3 sdb gula halus ( mama guna gula kastor, lepas tu mesin gula bagi halus) 

Langkah 2
1/2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
1/2 sdk bakibg powder 
(ketiga tiga bahan ini di ayak) 

Langkah 3
4 biji telur kuning
1/2 cawan fresh milk
5 sdb minyak masak
1sdk esen vanila
(di pukul dengan whisk sahaja sampai sebati) 

Cara buat 
1. Pukul semua bahan di langkah 1 agar jadi meringue. 

2. Masukkan bahan bahan di langkah 2 ke dalam langkah 3 kacau sebati. 

3. Bahan meringue tadi, guna spatula masukkan dalam langkah 3 guna kaedah kaup balik sahaja. 

4. Masukkan dalam bekas cupcake, bakar 15 minit suhu 150 (nie oven mama) yang nie kena ikut suhu oven masing masing. Cucuk dengan lidi tangok kalau krluar bersih, maknanya dah masak cantik. 

Filling: Cream Cheese 
1. 250 gm cream cheese (mama guna philadephia jer) 
2. 60 gm gula icing
3. 1 biji telur
4. 2 sdb thick cream

Cara buat
Pukul semua bahan sampai sebati dan sekata. 

Masukkan dalam piping beg, dan pipe ke dalam hokaido cake. 

Boleh hias dengan icing sugar dan buah. 

Siap sedia untuk di makan. 


Wednesday, August 5, 2020

Circle positif

Alhamdulillah pagi nie Allah beri peluang lagi bernafas di buminya. Ada satu kawan sebut pasal circle positif. Betul kita nie kadang kadang selalu fikir apa yg orang akan kata kat kita.

Satu jer, jaga jer circle positif yang dekat dan sayang kat kita. Siapa, suami, isteri, anak anak, adik beradik dan juga keramat hidup kita.. Iaitu mak dan ayah. 

Pedulikan apa orang nak kata... Kalau orang tak pandang kita tak apa. Sebab kita nak Allah yang pandang. 

Betul ke betul? 

Saturday, August 1, 2020

Salam AidilAdha dari kami di Victoria


Salam AidilAdha dari kami sekeluarga

Simple jer raya lockdown

Ini my chinta hati

My kesayangan

Alhamdulillah, dapat juga merayakan Aidil Adha walaupun suasana lockdown kat Victoria nie. Bersyukur jer, walaupun hanya kami kami jer merayakannya. Yang penting kami masih dapat bersama. 

Semoga Covid 19 dijauhkan dari kami semua, dan doakan keselamatan masing masing. Ingat tau! Kita jaga kita!

Salam AidilAdha 1441H

Happy birthday

Masa baru lahir
Dah 12 tahun dah

Tepat jam 1.51 pm bertarikh 31. 7.2008 lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Dini Qistina Rosdi. 

Kehadirannya selepas 5 tahun penantian. Alhamdulillah. Kini usianya dah genap 12 tahun. Sekejap jer anak mama dah besar. 

Banyak cabaran ketika membesarkannya. Namun itu semua ujian dariNya. Ada yang ada rezeki anak ramai, ada yang takder rezeki anak, ada yang kaya wang ringgit dan ada yang kurang wang ringgit. 

Itu semua petanda Allah sayang. Yakinlah dengan Allah kerana dia yang memegang hati kita semua. 

Small celebrations. Anak mama request Rainbow cake, maka mama tunaikan permintaannya, rainbow unicorn cake. First time mama bake cake tu.. Alhamdulillah sedap. 

Happy dapat birthday present. 

Rainbow cake as her request

Nasib baik sedap kek mama buat

cantik betul kejadiannya

her birthday gift


Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...