Tuesday, September 29, 2020

Picnic di Bright

Ni throwback story. mana taknya, sepanjang minggu lepas hujan jer.Kiranya aktiviti hanya di dalam rumah sahaja.

Alhamdulillah, hari Ahad, cuaca sangat cantik. Cerah dan tak hujan. Maka, hari Sabtu malam , en boss last minit ajak pergi berkelah di Bright.

Biasalah kita orang perempuan, kalau nak berkelah macam macam nak bawa. Kat sini bukan macam kat Malaysia, senang nak cari makan.

Maka, mama masak ajer lah yang simple based on bahan yang ada. Buat Nasi goreng ikan bilis, sandwich tuna, kebetulan baki donut and pau Malaysia ada, maka kita buat jer.

Tempat dia memang cantik. Layan kan ajer gambar yang ada ni yer.

Langit cerah

Permandangan yang sangat cantik

Mount Buffalo, baki salji yang ada

Tompok tompok putih salji

Kalau Autumn cantik sebab pokok kat sini 
daun dia warna warni


Pokok botak, tak ada daun ye, tapi still cantik

Bila anak dah lebih tinggi dari mama

En Boss kesayangan kami berdua


Sungai belakang tu bersih jer air dia


My kekasih awal dan akhir



Headphone tak lepas





Kesayangan mama dan papa






Friday, September 11, 2020

Seafood pizza

Assqlamualaikum dan selamat pagi. Mama doakan semua sahabat sahabat yang singgah blog mama dikurniakan kesihatan dan rezeki yang baik dariNya.

Alahai, pagi ni mama nak share resepi seafood pizza. Kisahnya bermula bila en boss dan baby girl mama request nak makan pizza. 

Dalam kepala dok fikir apa lah nak buat ni. Malasnya nak buat base kan. Maka en boss ada belikan base pizza kelmarin. 

Ok senang lah kerja, tak perlu nak buat doh sendiri, guna ready made jer. Habis cerita. 

Bahan bahannya
2 keping base pizza ready made
1 mangkuk shrimp
10 batang crab stick
1/2 biji capsicum (kalau ada merah hijau kuning cantik, tapi mama hanya ada kaler hijau) 
Cheese 450gm
BBQ sauce
Mayonise
Spagetthi sauce
Baby spinach

Cara buat
1. Crab stick di potong  kecil dan shrimp, rendam dalam air panas seketika (untuk bagi masak separuh)
2. Capsicum dipotong dadu
3. Hiris baby spinach
4. Satukan semua bahan dari step 1 hingga 3 dalan bowl besar, masukkan sauce BBQ dan gaul rata. 
5. Base pizza di sapu Spagetthi sauce sehingga rata, danletakkan separuh daripada adunan yang di gaul dan ratakan. Kemudian, letak mayonise seperti dalam gambar. 
6. Ready tabur cheese dan bakar suhu 150°c. Cheese jangan overbake. Nanti tak rasa tarik cheese bila makan. 

Nak tergelaknya, en boss siap buat lawak lagi, ni kalau letak ikan sekoq, crab kat tengah sekoq dan kerang. Confirm you punya seafood pizza complete. 

Nak gelak ke nak marah? πŸ™„ Pandang en boss besaq kecik ja. Anyway dah siap dah pizza mama. 

Simple jer bagi mereka yang cari cara simple nak masak especially nak sediakan breakfast untuk family tercinta. 

Selamat mencuba semua.  
Nampak tak seafood yang banyak, jangan kedekut tau sebabnya korang nak makan sendiri jer. 

Mana masing masing tak bulat, tengoknlah limpahan cheese dia.. Huhhh sangat marbeles.

Cheese melt just nice dan tak overbake. Nak rasa tarik tarik cheese masa makan.

Ok lah korang boleh jer try nanti. Intinikut citarasa masing masing nak letak apa lagi. Mama guna bahan yang ada dalam rumah jer. 



Thursday, September 10, 2020

Bread Cheesy Pizza

Bila anak dara n en boss request Bread Cheesy Pizza, maka mama gagah lah juga buat.

Yang tak tahan tu, anak siap tanya, mama bila boleh makan, sedangkan masa tu pizza dalam oven lagi.

Simple jer pizza ni, guna roti jer. Ok mama share resepi so nanti kalau korang nak buat boleh jer copy resepi ni. 

Bahan bahan
Roti putih 12 keping (korang boleh guna roti gardenia) 
1 botol spagethi sauce bolognise
1 sdb rempah kari daging 
3sdb butter utk menumis 
1sdk lada hitam (ditumbuk) 
1 sdk herbs
1sdk garam (ni anggaran tau, sebab mama guna pink salt so dia kurang masin) 
1 biji bawang holland
1/2 bahagian capsicum (nak cantik boleh guna 3 color, tapi mama just ada kaler merah je) 
10 batang crab stick di potong kecil kecil
1 mangkuk beef pepperoni (boleh ganti dengan sosej) sbb kat rumah hanya ada pepperoni 
Cheese

Cara buat
1. Panaskan kuali, masukkan butter & tumis bawang capsicum sampai naik bau. 

2. Masukkan remapah kari, herbs, black pepper, garam dan kacau sehingga rempah masak. 

3. Masukkan crab stick dan pepperoni kacau hingga masak. (sorry tak der gambar masa buat inti ni) 

4. Alas loyang dengan baking paper, susun roti sehingga menutupi dasar loyang. 

5. Sapukan spagethi sauce sehingga rata, masukkan separuh inti dan ratakan. 

6. Tabur cheese dan juga baby spinach (ikut korang takau tak nak letak) 

7. Ulang step no 5 & 6 kemudian bakar selama 30 minit. Lepas tu keluarkan dari oven, tabur cheese tutup bahagian atasnya, dan bakar lebih kurang 5 ke 10 minit. Cheese jangan overbake. Suhu 150°cikut oven masing masing.

Tadaaaa.. Dah siap. Ready untuk di makan.

 Cheesedi tabur sedikit sahaja sebelum tabur yang kali kedua. 

Siap, cheese tak overbake dan nampak melting so bila makan dapat tarik cheese.

Selepas di potong, lapisan dalamnya rupa begini. Sangat sedap di makan begitu sahaja.

Ok semoga resepi ni bermanfaat tau so mama halalkan resepi yang ada dalam blog mama. 

Selamat mencuba semua. Dah habis separuh loyang. 😜

Sunday, September 6, 2020

Ladang Canola

Harini bila cakap dengan en boss, best nya kalau ambil gambar dekat ladang canola kan.

Muka lah dalam kepala teringat cerita hindustan. Alah Kajol dengan Shah Rukh Khan. 

Cerita Dilwale Dilhunia Le Jayengge. Lagu tujhe dekha, koi jana sanam.... Lebih kurang lah. 

Masa pergi, banyak lagi yang belum berbunga. Kiranya rezeki lah jumpa yang paling  dekat.

Serius cantik. Minyak canola pun best. Ok korang layan lah gambar yer. 

Ok lah yang ni jer sempat snap. Nanti next month kita pergi lagi. Tengok lagi banyak yang dah berbunga.

Spring 2029

Thursday, September 3, 2020

Puding Roti & Sos Custard

Macam mana nak cari Mr M kalau miss R selalu datang 😜.

Tekak nak makan puding roti. Tengok bahan alamak, semua ada. Kalau tak buat ni, nanti kempunan. 😊

Sisa sisa kerajinan yang ada maka terhasillah puding roti my version.

Bahan bahan
7 ke 8 keping roti
2 sudu besar butter di carikan (tapi terlupa letak)
Kismis, cherry, (tukar dengan dry cranberry) badam flakes (tak letak pun tak per)

Bahan B
500 ml susu fresh milk
4 sudu besar gula
1 sdt esen vanila
2 biji telur
Cinnamon powder (optional)

SOS custard
1 tin susu cair
2 sudu gula
2 sdb tepung custard

Cara buat
1. Potong roti ikut suka dan susun dalam loyang pembakar.
2. Campur kan ke semua bahan B dan kacau guna whisk sahaja, dan sebati tuang ke dalam roti. Kira bagi rendam sikit lah dan biarkan seketika. Last sekali tuangkan butter yang telah di carikan.
3. Bakar selama 20 ke 30 minit ikut suhu oven masing masing yer. Mama guna suhu 150 °c jer  atau sehingga kekuningan. Bukan hangit tau.
4. Untuk sos custard, masukkan semua bahan, masak atas api perlahan sehingga menjadi pekat.
5. Siap untuk dihidangkan. Mama sos custard letak dalam peti sejuk. Bila sejuk sedap makan.

Selamat mencuba tau! Sharing is caring. Lain orang lain caranya.

Menu for todayπŸ˜‹

My routine for this week is back 😝😝😝.
Yer lah bila anak school, mama jenuh kena pikiaq nak masak apa kan. 

So sebab mama n en boss posa harini, maka simple jee tuk anak dara mama. 


Ok meh kita buat Nasi Goreng Jagung versi mama. 

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi
Bawang putih utk menumis
Teluq sebiji
Jagung
Garam secukup  rasa

Cara buat:
Tumis bawang putih, dah agak nak garing sikit pecahlan teloq dan kacau, lepas tu kan mama masukkan lah jagung. Dah agak agak serasi (cheewah.. Serasi gitewww) masukkan nasi & garam. Kacau sampai sekata okies. Nanti ada yang 1 part masin, 1 part tak berasa. Taraaa sedia di hidangkan... πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Huhh menggoda, biaq simple asalkan boleh mengenyangkan anak mama kat school. 

Okey, ini utk heavy meal dia. Apa sampingan dia? 


Taraaa. Sebenaqnya mama nie dari dia masuk sekolah darjah 1 mmg dok isi macam nie. Kiranya dari darjah 1 mmg dah ajaq bawa bekal. Walaupun masa tu mama keje lecturer, mmg bangun awai buatkan beg bekal dia. Sebab nak jimatkan masa dia ke kantin  dari berebut nak beli dan makan. 

Lagipun makanan kat kantin mama tak confident nak bagi anak makan.. Maaflah. Kadang ladang kita risau tahap kebersihan masa prepare makanan tu. 

So senang bawa dari rumah, dan kita tahu apa yang anak kita inginkan. Senang 😘
So bila dok Aussie nie mmg bawa bekal so lagi lah senang sebab dia dah biasa bawa bekal kan! Jimat. 

Okey ualls, tq tau sudi baca n singgah blog mama. Kalau rasa nak tinggalkan komen boleh jer. 

Semoga ini menjadi inspirasi utk mama mama diluar sana sediakn bekal utk anak le sekolah. Lebih jimat okies. 




10000 steps

Semalam berjaya berjalan pagi & petang dengan En Boss.

Weather pulak nice semalam. Spring coming. 

Maka pagi dapat berjalan 3.19 km bersama an 5009 steps.

Maka petang lepas asar pun berjaya jalan lagi 3.19km and complete another 5009steps.

Yeyy, dah lama tak jalan exercise sebab winter dan sejuk. So kali ni kita jalan sampai summer time. 

Ni dekat kawasan rumah yang mama tinggal. As usual, bergambar itu wajib. 

Nak tergelak en boss cakap, harini you tak mau ootd ka? 😜

Jom kita mencari balik Mr M yang Hilang. 

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...