Friday, September 11, 2020

Seafood pizza

Assqlamualaikum dan selamat pagi. Mama doakan semua sahabat sahabat yang singgah blog mama dikurniakan kesihatan dan rezeki yang baik dariNya.

Alahai, pagi ni mama nak share resepi seafood pizza. Kisahnya bermula bila en boss dan baby girl mama request nak makan pizza. 

Dalam kepala dok fikir apa lah nak buat ni. Malasnya nak buat base kan. Maka en boss ada belikan base pizza kelmarin. 

Ok senang lah kerja, tak perlu nak buat doh sendiri, guna ready made jer. Habis cerita. 

Bahan bahannya
2 keping base pizza ready made
1 mangkuk shrimp
10 batang crab stick
1/2 biji capsicum (kalau ada merah hijau kuning cantik, tapi mama hanya ada kaler hijau) 
Cheese 450gm
BBQ sauce
Mayonise
Spagetthi sauce
Baby spinach

Cara buat
1. Crab stick di potong  kecil dan shrimp, rendam dalam air panas seketika (untuk bagi masak separuh)
2. Capsicum dipotong dadu
3. Hiris baby spinach
4. Satukan semua bahan dari step 1 hingga 3 dalan bowl besar, masukkan sauce BBQ dan gaul rata. 
5. Base pizza di sapu Spagetthi sauce sehingga rata, danletakkan separuh daripada adunan yang di gaul dan ratakan. Kemudian, letak mayonise seperti dalam gambar. 
6. Ready tabur cheese dan bakar suhu 150°c. Cheese jangan overbake. Nanti tak rasa tarik cheese bila makan. 

Nak tergelaknya, en boss siap buat lawak lagi, ni kalau letak ikan sekoq, crab kat tengah sekoq dan kerang. Confirm you punya seafood pizza complete. 

Nak gelak ke nak marah? 🙄 Pandang en boss besaq kecik ja. Anyway dah siap dah pizza mama. 

Simple jer bagi mereka yang cari cara simple nak masak especially nak sediakan breakfast untuk family tercinta. 

Selamat mencuba semua.  
Nampak tak seafood yang banyak, jangan kedekut tau sebabnya korang nak makan sendiri jer. 

Mana masing masing tak bulat, tengoknlah limpahan cheese dia.. Huhhh sangat marbeles.

Cheese melt just nice dan tak overbake. Nak rasa tarik tarik cheese masa makan.

Ok lah korang boleh jer try nanti. Intinikut citarasa masing masing nak letak apa lagi. Mama guna bahan yang ada dalam rumah jer. 



2 comments:

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...