Thursday, September 3, 2020

Puding Roti & Sos Custard

Macam mana nak cari Mr M kalau miss R selalu datang 😜.

Tekak nak makan puding roti. Tengok bahan alamak, semua ada. Kalau tak buat ni, nanti kempunan. 😊

Sisa sisa kerajinan yang ada maka terhasillah puding roti my version.

Bahan bahan
7 ke 8 keping roti
2 sudu besar butter di carikan (tapi terlupa letak)
Kismis, cherry, (tukar dengan dry cranberry) badam flakes (tak letak pun tak per)

Bahan B
500 ml susu fresh milk
4 sudu besar gula
1 sdt esen vanila
2 biji telur
Cinnamon powder (optional)

SOS custard
1 tin susu cair
2 sudu gula
2 sdb tepung custard

Cara buat
1. Potong roti ikut suka dan susun dalam loyang pembakar.
2. Campur kan ke semua bahan B dan kacau guna whisk sahaja, dan sebati tuang ke dalam roti. Kira bagi rendam sikit lah dan biarkan seketika. Last sekali tuangkan butter yang telah di carikan.
3. Bakar selama 20 ke 30 minit ikut suhu oven masing masing yer. Mama guna suhu 150 °c jer  atau sehingga kekuningan. Bukan hangit tau.
4. Untuk sos custard, masukkan semua bahan, masak atas api perlahan sehingga menjadi pekat.
5. Siap untuk dihidangkan. Mama sos custard letak dalam peti sejuk. Bila sejuk sedap makan.

Selamat mencuba tau! Sharing is caring. Lain orang lain caranya.

3 comments:

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...