Thursday, September 10, 2020

Bread Cheesy Pizza

Bila anak dara n en boss request Bread Cheesy Pizza, maka mama gagah lah juga buat.

Yang tak tahan tu, anak siap tanya, mama bila boleh makan, sedangkan masa tu pizza dalam oven lagi.

Simple jer pizza ni, guna roti jer. Ok mama share resepi so nanti kalau korang nak buat boleh jer copy resepi ni. 

Bahan bahan
Roti putih 12 keping (korang boleh guna roti gardenia) 
1 botol spagethi sauce bolognise
1 sdb rempah kari daging 
3sdb butter utk menumis 
1sdk lada hitam (ditumbuk) 
1 sdk herbs
1sdk garam (ni anggaran tau, sebab mama guna pink salt so dia kurang masin) 
1 biji bawang holland
1/2 bahagian capsicum (nak cantik boleh guna 3 color, tapi mama just ada kaler merah je) 
10 batang crab stick di potong kecil kecil
1 mangkuk beef pepperoni (boleh ganti dengan sosej) sbb kat rumah hanya ada pepperoni 
Cheese

Cara buat
1. Panaskan kuali, masukkan butter & tumis bawang capsicum sampai naik bau. 

2. Masukkan remapah kari, herbs, black pepper, garam dan kacau sehingga rempah masak. 

3. Masukkan crab stick dan pepperoni kacau hingga masak. (sorry tak der gambar masa buat inti ni) 

4. Alas loyang dengan baking paper, susun roti sehingga menutupi dasar loyang. 

5. Sapukan spagethi sauce sehingga rata, masukkan separuh inti dan ratakan. 

6. Tabur cheese dan juga baby spinach (ikut korang takau tak nak letak) 

7. Ulang step no 5 & 6 kemudian bakar selama 30 minit. Lepas tu keluarkan dari oven, tabur cheese tutup bahagian atasnya, dan bakar lebih kurang 5 ke 10 minit. Cheese jangan overbake. Suhu 150°cikut oven masing masing.

Tadaaaa.. Dah siap. Ready untuk di makan.

 Cheesedi tabur sedikit sahaja sebelum tabur yang kali kedua. 

Siap, cheese tak overbake dan nampak melting so bila makan dapat tarik cheese.

Selepas di potong, lapisan dalamnya rupa begini. Sangat sedap di makan begitu sahaja.

Ok semoga resepi ni bermanfaat tau so mama halalkan resepi yang ada dalam blog mama. 

Selamat mencuba semua. Dah habis separuh loyang. 😜

No comments:

Post a Comment

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...