Tuesday, July 28, 2020

Si Burung Hantu

Orang kat Malaysia dok kalut si comel 🦉 nie habis. So yang nie mama beli kat Oz sebab dah duk sini kan.

So set nie dia datang dengan 1 Essential Oil Lavender. Bukan apa nak pasang lam bilik anak senang sikit. 

Yang nie mama tak buat jual pun, saja pakai sendiri ja... Alhamdulillah. 

Sunday, July 26, 2020

Homemade Mushroom Soup and Garlic bread.

Semalam tetiba teringin nak makan mushrooms soup. So tgk ada bahan dalam peti, makan buat sendiri mushrooms soup & juga garlic bread.

Resepi Mushrooms Soup
BAHAN BAHAN

200 ml air
350 ml fresh milk
Cendawan butang (mama guna fresh punya dalam 6 biji) 
Jagung (saja nak mencantikkan dan memberi tarikan) 
Isi ayam (mama guna dada ayam yang roasted baki masa celebrate birthday en boss) ini di carik carik macam makan bee hoon soup. 
Kiub ayam 2 ketul
Lada sulah ikut rasa
Spagethi herbs
Crushed blacm pepper
Tepung gandum 2 sdb di bancuh dengan air utk memekatkan kuah.

CARA BUAT
1. Maukkan air, fresh milk dan kiub ayam. 
2. Agak mendidih sikit, masukkan jagung, mushrooms, isi ayam, spagethi herbs, lada sulah & crushed black peppers. 
3. Biarkan sehingga mendidih, last sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Masak sehingga nampak pekat sikit. Is done.... 

HOMEMADE GARLIC BREAD

BAHAN BAHAN
Crushed garlic
Lada sulah
Spagethi herbs
Marjerin

CARA BUAT
1. Masukkkan semua bahan dan gaul rata.
2. Sapu di atas roti depan belakang. Ikut suka nak guna roti apa. 
3. Bakar dalm oven ikut suhu masing masing... Mama guna 150 °c selama 15 minit.
4. Siap untuk dihidangkan... 


Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah, en boss dah berusia 41 tahun pada 24 July yang lalu. I doakan you sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah rahmatNya.

Enjoy the moments yang diberikan and i really treats you for your special day. 

Happy birthday once again. 

We ❤️❤️❤️ you so much. 

Saturday, July 25, 2020

His Turn 41

Alhamdulillah syukur, harini 24th July 2020 genap usia En Boss 41 tahun.

Ya Allah, Kau panjangkanlah usia suamiku ini, berikanlah kesihatan yang baik buat suamiku dan Kau berkatilah kehidupannya. Peganglah hatinya agar dia sentiasa di jalan yangblurus, dan jauhkanlah dirinya dari orang orang yang sesat. Aamin ya Mujib. 

Ok oleh kerana harini en boss nya besday, maka mama pun busy kat dapuq nak buat western jer harini. 

Apa menu? Nantikan utk next post okey!

Happy Birthday sayang

Tengok anak dia, bukan main mengusik papa....

We ❤️❤️ u dunia akhirat.. Aamin

#NizaAbdRani 

Thursday, July 23, 2020

Kek Red Velvet

Alhamdulillah dari subuh tadi mama dok prepare bahan - bahan untuk buat kek besday en boss. Bukan apa, kalau siap harini 12MN boleh ler e kita kasi besday boy cut.

So lps sahur pagi tadi, siapkan dulu bahan bahan nak buat kek red velvet. Dah lama dah tak buat kek nie...
Bahan bahan pun simple jer. Kiranya senang lah buat kek nie kalau nak conpare buat chocolate indulgence. 

So lps subuh jer, sambil prepare bekal anak, mama pun kalut lah dok putaq kek. Sampai cakap kat en boss, u hantaq anak g school yer. Kita ngan tak mandi dok tunggu kek masak, takut hangit ataupun overbake 😜😜😜

So lps dah siap bakaq, sementara nak tunggu kek sejuk, sajalah dok sembang sembang ngan en boss. 

Lps sejuk, teruih amik pemotong untuk jadikan kek kepada 2 layer gitew. Yer lah Frosting Cream cheese ja, lps tu letak ler buah 🍓🍓 ngan 🍫🍫 utk hiasan. 

Maka tepat jam 12.40 tadi siaplah kek besday utk en boss. Jangan kecam okies sebab mama bukan baker professional. Setakat nak makan family tu insyaAllah boleh lah. 


Frosting Cream Cheese mmg buat tak tebal


Harap menepati citarasa. Aamin. 

#NizaAbdRani 
#mamalovesbaking 


Wednesday, July 22, 2020

Chicken Wrap

Alhamdulillah. Sekolah kat Malaysia dah di buka harini. Dok baca status Fb mama, mak, ibu, umi, mommy semua pening kepala bila anak anak kena bawa bekal sendiri lepas nie.

Alhamdulillah mama dah biasa buat dr anak masuk school lagi. Sampai sekarang dah 6 tahun dok sediakan bekal.

Ok harini mama buat simple jer utk anak sebab wrap jer yang ada. Maka buat chicken wrap jer.

Sayur salad nie kena potong macam nie senang dia makan dan tak ketepikan. 

Lps tu letak ler Ayam dengan kentang.. Senang n nak jimat masa, mama masukkan dalam air fryer, lagi mudah n tak berminyak. 😅😅😅

Lps tu mama wrap dengan baking paper and aluminium foil, masukkan dalam plastic.. Jadilah  yer nak.


Nie utk dimakan sebelum g school.. Complete semua ada. 
 Biasanya mama akan letak fruits, air kotak, n snack biasanya mmg akan letak chocolate 1. Moga anak mama kenyang harini. 

So mommy yang lain anak u all bawa bekal apa? Meh ler share.

#NizaAbdRani 

Tuesday, July 21, 2020

SERAWA DURIAN

Alhamdulillah.. Simple jer manisan hari nie... Buka freezer nak amik lain, ternampak tanpa sengaja durian frozen

Ohhh tiba tiba terasa macam sedap jer makan serawa doyan n pulut. 

Tanpa mama pikiaq panjang, terus buat semua tu. Kalau kena  pikiaq.... 🤔🤔🤔Macam tak jadi je.

Ok lah hampa layan jer gambaq, sbb i nak tuq dah.


#NizaAbdRani 

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...