Wednesday, August 26, 2020

Mee goreng

Selamat pagi korang 😘. Lama rasanya mama tak update blog ni. Bukan apa busy sikit tengah sibuk dengan Merdeka Promo.

Alhamdulillah bila bangun pagi tadi, en boss mama cakap goreng mee ajer lah. Terus makan lunch. Tak perlu nak masak dua kali. 

Dalam hati mama melonjak kegembiraan. Senang ya kerja. Bukan apa mama boleh lah masuk ofis awal. 

Simple je mama punya resepi. Kalau rasa nak buat boleh jer. Ini bahan yang ada dalam rumah je sebab tengah lockdown. 

Resepi Mee Goreng Simple

Bahan2nya
Mee kuning (mama guna 2 pek sebab utk lunch sama) 
Udang setengah kilo
Fish cake 1/2 bahagian yang besar
Fish ball 5 biji (itu jer baki yang ada) 
4 biji telur
Bawang putih
3 sudu besar cili blend
Sos Cili
Sos Tiram
Kicap Manis
Kicap masin
Sayur hijau ( mama guna 4 leaf salad sebab itu jer yang ada 😂) 

Cara memasak
1. Panaskan minyak, tumis Bawang putih sehingga naik bau. 
2. Masukkan cili blend, biar sehingga masak, kemudian masukkan Sos cili, Sos tiram, slkicap manis & Kicap masin. 
3. Dah masak, masukkan udang, fish cake dan fish ball, lepas tu pecah kan telur (agak agak dah ok kacau telur tu yer bagi hancur 😘) 
4. Masukkan mee kuning yang telah di leraikan agar tidak bergumpal yer, kacau sehingga rata. 
5. Last sekali masukkan sayur tadi agar nampak hijau sikit dalam mee tu 😅. 
6. Mama tak letak garam, kalau rasa tawar, tambah sedikit Kicap masin, atau pedas, tambah Kicap manis. Bagi rasa tu balance. 
7. Siap di hidang. Hias sikit dengan cili merah, daun Bawang & Bawang goreng. 
8. Sedia di nikmati seisi keluarga. 

Mee Goreng Simple ala mama gojez😜

No comments:

Post a Comment

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...