Friday, August 7, 2020

Hokaido Cake

Bila petang petang hujan, perut pun lapaq. Maka dok fikir nak buat apa. So masuk dapur, terus cari resepi Hokaido Cake.

Alhamdulillah senang jer buat dia. Takder lah susah mana. Ok, gambar untuk setiap step takder lah. Nie mama share resepi. 

Resepi Hokaido Cake

Langkah 1
4 biji telur putih
3 sdb gula halus ( mama guna gula kastor, lepas tu mesin gula bagi halus) 

Langkah 2
1/2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
1/2 sdk bakibg powder 
(ketiga tiga bahan ini di ayak) 

Langkah 3
4 biji telur kuning
1/2 cawan fresh milk
5 sdb minyak masak
1sdk esen vanila
(di pukul dengan whisk sahaja sampai sebati) 

Cara buat 
1. Pukul semua bahan di langkah 1 agar jadi meringue. 

2. Masukkan bahan bahan di langkah 2 ke dalam langkah 3 kacau sebati. 

3. Bahan meringue tadi, guna spatula masukkan dalam langkah 3 guna kaedah kaup balik sahaja. 

4. Masukkan dalam bekas cupcake, bakar 15 minit suhu 150 (nie oven mama) yang nie kena ikut suhu oven masing masing. Cucuk dengan lidi tangok kalau krluar bersih, maknanya dah masak cantik. 

Filling: Cream Cheese 
1. 250 gm cream cheese (mama guna philadephia jer) 
2. 60 gm gula icing
3. 1 biji telur
4. 2 sdb thick cream

Cara buat
Pukul semua bahan sampai sebati dan sekata. 

Masukkan dalam piping beg, dan pipe ke dalam hokaido cake. 

Boleh hias dengan icing sugar dan buah. 

Siap sedia untuk di makan. 


1 comment:

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...