Wednesday, July 15, 2020

Alhamdulillah Hadiah Untuk Mak

Syukur, harini 15 July merupakan hari lahir mak mertuaku. Tapi sebab la nie duk jauh, tak dapat nak celebrate ngan mak. 

Tapikan memang dari dulu suka buat suprise untuk mak , maka awal awal lagi dah deal ngan orang nie, dia dok Kamunting lah. Service dia memang puas hati and harga dia sangat berpatutan dan reasonable.  Siap tanya ngan dia untuk tolong printkan gambaq kami nak bagi kat mak.

So amik pakej yang simple jer, tak yah letak bunga banyak banyak n coklat banyak sebab mak kurang makan coklat, maka tetiba terfikir suh belikan KFC dinner plate untuk mak.

Aku order bouquet utk letak duit bagi kat mak, sambil sambil tu minta mak doakan kesejahteraan kami kat sini. Masa call dia awal pagi tadi, menangis dia sebab rindu kan anak dia...sapa lagi my en boss lah. Aku nie bila mak dah teriak (menangis), aku dah tak boleh nak cakap, otomatik aku pun sebak.

Kesian kat mak, moga Allah sentiasa melindungi mak dan merahmati hidup mak. Walaupun hanya mak mertua, aku mmg sayang betul sebab lepas mak aku meninggal, mak lah tempat aku mengadu. Aku nie boleh di katakan menantu yang paling malas lah, mana tak nyaa balik rumah mak, aku siap cakap aku tak nak masak, sbb alasan aku nak makan masakan mak. Kalau aku kena masak, baik tok sah balik. Nasib lah mak pun dah faham aku nya perangai.

Aku jugaklah menantu yang dengan selambanya landingkan kepala atas riba mak minta mak gosokkan kepala. Ya Allah aku sangat sangat rindukan wanita ini. Dia sangat sangat istimewa di hatiku. Moga mak diberikan kesihatan yang baik dan di permudahkan setiap urusan mak. 
Aku sayang mak dunia akhirat......

Simple jer hasil kerja tangan dia

Jambangan bunga duit

Alhamdulillah mak dah terima

KFC untuk mak makan dinner

No comments:

Post a Comment

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...