Monday, July 13, 2020

Mengurut

Tu dia aihhh lama badan mama tak mengurt . Kebetulan kat Victoria nie ada akak tu selalu mengurut orang, maka kali nie mama amik pakej mengurut plus bertungku sekali. Dalam hati kata mesti best kan. Kebetulan akak nie order kek dari mama sama, kek Chocolate Indulgence ala ala Secret Recipe. Tapi kat Aussie nie mana nak cari Secret Recipe kan.

so balik dari bercuti tu, hari Jumaat pagi sempat lah buat kek utk Kak Ana. Akak nie dok Cobram, kiranya perjalanan dari rumah mama ke Cobram sejam lebih juga lah. So hari Sabtu mama dah gerak ke sana, tapi anak mama tak mo ikut, dia nak sleep over rumah kawan dia kat Lavington. Oklah siap hantar semua, mama gerak ke Cobram.

Sebelum tu nie kek Chocolate Indulgence yang mama buat untuk tempahan. Alhamdulillah rezeki kan.






Nampak tak kak Ana nya excited dapat makan kek coklat. Risau juga takut tak kena selera, alhamdulillah Kak Ana sangat puas hati. Syukur Tq tau Kak Ana sebab sudi order kek ngan Niza. Sampai rumah Kak Ana, dia jamu kami Nasi kandaq Mamak style. Perghhh memang padu betul sebab dah lama tak makan nasi kandaq. Last makan masa dok Penang dulu lah 6 tahun dok tibai nasi kandaq ja.





Kek Chocolate Indulgence mama sebelum sampai ke Tuan empunya badan. pagi tu saja lah tambah sikit lagi buah stoberi bagi nampak cantik. 



Masa baru siap buh sikit ja stoberi, esok pagi baru tambah bagi nampak banyak dan meriah. alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...