Tuesday, July 21, 2020

Shepherd's Pie

Tudia, menu orang putih. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tetiba mama teringin nak buat Shepherd's Pie. Kebetulan pergi Coles belanja barang dapuq, jumpa belas comel. Bukan apa sebab kaler MERAH tu tak tahan. 

So balik dari shopping, terus ler sediakan bahan. Nasib bahan semua cukhp 😜😜😜

Ok jangan tanya mama sukatan tau sebab nie main campak jer yang penting ada rupa dan rasa. 


Kiranya nie bahan utama lah yang kena ada. 

Bahan bahan (yang mama guna tau) 

6 biji kentang
Cendawan butang
Beef minced
1 biji Bawang holland
Capsicum hijau & merah (suka hati korang nak letak ka tak mo letak) 😝😝😝
Garam
Spagethi herbs
Spagethi sauce @ tomato puree (mama guna spagethi sauce. 

Cara buat:
Kentang di rebus lepas tu lecek - lecek macam buat homemade mashed potato. 
Masukkan garam sedikit, butter, white peppers n susu segar. 

Untuk inti:
Tumis bawang, & capsicum sampai naik wangi (mama guna butter utk menumis) 
Masukkan cendawan butang. 
Lepas tu masukkan minced beef dan goreng seketika sampai agak kering sikit, baru masukkan spagethi sauce. Masukkan garam secukup rasa dan spagethi herbs. Oh yer, mama saja tambah lemon pepper. Lps dah masak ketepikan sekejap. 

Ok, first sekali, layer kan kentang dalam bekas yang korang nak bakaq lah kan. Macam mama dlm bekas kecik comei nie.
 
Nie kentang yang di lapisan bawah, nipis jer tau jangan buh semua... 

Lepas tu masukkan inti.. Banyak mana korang nak buat terpulang lah kan. πŸ˜…πŸ˜…

Cheese tu optional lah korang nak letak atau tak yer. Mama letak sebab en boss suh letak. 🀣🀣🀣🀣🀣

Tutup balik ngan kentang (sebab tu jangan letak banyak nanti tak cukup. Yang satu tu tak cukup  lah tu.. So lepas tu letak cheese sebagai layer atas ) 

Dah tu, pukui sebiji kuning telur, sapu lah kat permukaan atas tu untuk bagi berkilat. Mama lepas tu tabur sikit spagethi herbs sebelum bakaq. 

Ok mama bakaq dalam suhu  150°c selama 15 - 20 minit. 

Siap di hidangkan. Sebiji dah habis, ada baki 3 biji utk mama sahur esok.... 

Selamat mencuba ualls. 

No comments:

Post a Comment

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...