Sunday, July 19, 2020

BurgerπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Harini mood masak ke laut. Tengok lam freezer ada sambal ikan bilis left over buat nasi lemak.

So dalam kepala terasa nak makan πŸ”πŸ‡²πŸ‡Ύ. So g dapur mama pun buat lah adunan. Oleh kerana kat sini winter, so masuk jer dalam dough maker, confirm jadi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. 

Bahan - bahan yang diperlukan:

4 cwn tepung gandum
11gm yis
2 sdb butter (mama guna marjerin) 
2 sdb susu pekat
2 sdt baking powder
2 sdb gula kastor
1/2 sdt garam (elak berdekatan ngan yis masa dlm dough maker) 
1 cwn air suam

Cara bancuhan:
Masukkan semua bahan dalam dough maker tunggu sampai cukup time. Mama nya dough maker amik masa 1 jam setengah. 

Cukup time tumbuk tumbuk masa keluarkan dari dough maker, lps tu mama timbang setiap ketui 40 gm. Kenapa timbang? Barulah sama besar. Lps tu bulat2kan dan tekan sikit bagi leper.
Kan semua sama besar jer.. Comel lah sikit. Lps tu biar lah dalam 10 minit baru goreng.

Gorenga dengan api perlahan tau supaya dia tak masak mengejut. Nanti dalam tak masak.. Mama punya 3 biji terover garing, lps tu dlm x masak. Jawapannya masuk mr tong lah kan. 

Warna perang perang tu kira dah masak lah. 
Lps tu potong letak timun & sambal bilis. Sedia dihidangkan. 
Dalam dia gebu n lembut

So selamat mencuba. InsyaAllah dah banyak kali buat guna resepi nie dan hasilnya memang superb. 



No comments:

Post a Comment

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...