gambaq dlm bilik tak dan snap, mama show kat uoll gambaq luaq nyer dah ler kan.
dia ingat mama dia tak leh buat kaki lagu tu
nie ngan cinta hati mama
ok as discussed, pagi nie kami akan patah balik ke atas sebab nak lalu Sea Cliff Bridge. so, perjalanan pergi dan patah balik 1 jam...tu tak tolak berhenti utk bergambaq lagi.
Nie berhenti tengah bridge sebab nak tgk view
nampak tak belakang tu, cantikkan
ok sepanjang pantai kami berhenti di setiap spot yang mmg cantik.kiranya jambatan tu panjang tu jer lah. hahhaha. tak kisah janji ada photo sebagai kenangan.
nie semua gambaq sepanjang turun dari Sea Cliff Bridge. Subhanallah mmg cantik permandangan dia. tak rugi rasanya bila perjalanan mengambil masa 6 jam dari Victoria ke NSW.
ok habis part nie kami singgah pulak kat Port Kembla nak amik gambaq. tempat nie tak dak apapun, cuma kubu peninggalan perang dulu.
biaq gambaq berbicara jer lah. tapi memang cantik permandangan dia. langit cantik n cuaca sangat mengizinkan percutian kami kali nie. habis bergambaq kat Port Kembla, kami meneruskan perjalanan pulak ke Blowhole Kiama. kiranya kami sampai kat situ dalam tgh hari jugak lah. kami maish belum lunch sebab dalam kepala dok berkira nak lunch kat situ n solat jer kat situ sebelum bergerak balik.
Memang best kat Blowhole nie, tapi masa kami sampai ayaq surut, ombak plak tak kuat, so tak dapat nak tgk ayaq keluaq dari hole yang ada. tunggu lama tapi alahai macam kecik sangat ayaq naik ke permukaan. tapi ok lah dari takder kan. yang penting gambaq tu yang berharga sebab nak datang lagi ntah bila tahun lah plak kan.
penatnya tunggu nak rakam, dia tak keluaq keluaq. elokja mama tukar mode picture baru dia keluaq. aduhai...x dapat amik video, hanya dapat gambaq ja. boleh lah dari tak dak kan. selebihnya kami posing dengan rock yang ada kat situ ja.
ok makan sudah, solat pun sudah, so kami meneruskan perjalanan lagi dan mencari titik titik permandangan yang cantik. so kami sampai kat Cathedral Rock. Ya Allah lawa sungguh permandangan dia. mmg macam lukisan ja.tak caya hampa tengok nie.
lepas kat situ, kami sampai ke destinasi pengembaraan kami yang terakhir. kami tak puas tgk Blowhole, kami ke Little Blowhole plak. memang jelas n sangat memukau. sungguh cantik ciptaan Allah yang kita tak boleh nak menafikannya.
ok lah last destinasi sebelum bergerak balik ke Wodonga.nampak dah muka keletihan masing masing , tapi kepuasan melihat permandangan yang indah nie, tak terkata rasanya.
ok so nak balik, macam biasa kami mana ada tau jalan, as usual nasib baik ada cik gugel maps yang membantu walaupun kami melalui pengalaman yang menakutkan. alhamdulillah kami tak dak apa apa dan selamat sampai dengan selamatnya.
ok masa otw nak balik tu, gugel maps bawa masuk country site, lawa lah kita tgk. manalah tau kot jot sempat snap view sunset kan. dah nak masuk maghrib dah time tu.tapi heran kenapa lah tak sampai bawah lag. makin tinggi mendaki ngan keta lah bukan jalan kaki tau. kami masuk forest dia sbb cik gugel maps bawak jalan tu.
dalam hati dok istigfar lah , takut kan sbb kami sendiri ja, semata mata keta kami ketika mendaki tu. dalam keta dah terbau hangit dah. tanya lah en boss, kenapa bau hangit. dia punya nak menyedapkan hati, tak dak apa apa...insyaAllah. orang lelaki kan biasanya cool tak nak bagi kita panic. so ada jalan rata dia berhenti jap, check keadaan tayar semua ok...tapi kita nie pompuan kan...takut jugak lah sbb masih dok berbau hangit.
dia cakap, insyaAllah tak dak apa apa, mama pun sambil istigfar, cakap ngan anak gajah @keta mama...be good ok, kesian kat mama & papa. alhamdlillah, tgk dah makin menurun, subhanllah...dapat view sunset yang sangat sangat cantik dalam kekalutan malam tu.
kalau tak caya...hampa rasa lawa tak permandangan sunset dia. lawa kan...mulut tak habis syukur ke hadrat Ilahi kerana kami selamat turun dari jalan yang mendaki tu. yang lega bila nampak small town dia...alhamdulillah.
permandangan nie di ambil dari dalam kereta jer. masa nie masih kat atas lagi dalam perjalanan turun. so sebab dah gelap, en boss dah tak larat sangat, kami singgah tidur ke Canberra. as usual army yang kat oversea pasti kena jumpa DA sbb pergerakan kami kena maklum kan kepada tuan DA. kami sampai ke Canberra lam pukui 8 lebih kot kalau tak silap.
ok lah ni kisah perjalanan hari kedua. satnie sambung balik lah kan sebab nak masak jap.
Lots of Love: Mama Niza
No comments:
Post a Comment