Wednesday, July 15, 2020

Chicken Lasagna

Chicken Lasagna in the house. Ini kali kedua buat dalam minggu nie, sebab first haritu buat tak berapa nak jadi, tapi anak dara hari hari mintak bawa bekal. habis 1 tray dia ngan papa dia hentam.

So harinie aku buat balik lasagna sebab dah betulkan teknik. simple jer aku punya resepi.

Resepi Lasagna Chicken

Bahan-bahan

Dada Ayam di potong dadu
Sebiji bawang Holland
Sebiji capsicum, kalau nak cantik boleh pakai warna merah, kuning & hijau
garam secukup rasa
spagethhi herbs
lemon salt
white pepper
Black pepper

Cara buat

1. Panaskan kuali, masukkan butter

2. Masukkan bawang dan capsicum masak sehingga kuning dan naik bau

3. Masukkan dada ayam, goreng sehingga masak, masukkan garam, herbs, lemon salt, white pepper, black pepper sampai sekata rasanya.

4.  Nak sedap lagi, lps tu aku hiris daun sup sikit sebab nak bagi wangi.

5. Lasagna nya kepingan tu aku rendam dalam ayaq panas utk bagi lembut, lepas tu susun lah kepingan dalam tray. Sapukan ngan spagethi sos, lps tu sapu lah mayonise n letak lah ayam yang dah masak tadi.

6. Dah lepas tu, tabuq lah cheese, n susun balik kepingan lasagna, ulang lah balik step tu balik. Lepas tu hampa bakaq dalam oven. aku guna suhu 150 degrees ja, bakaq sampai tgk cheee tu dah kaler kekuningan atau perang kiranya dah masak tau. Perang bukan hitam yer.


Sedia utk di saunakan 

Hampa jangan tanya gambaq selepas sebab dah tinggal separuh, sedap sangat...hahhaha masuk bakul angkat sendiri.

Ok sekarang nak makan sat.

 Hampa kalu nak buat, resepi dah ada, pandailah korang nak olah macam mana. Bukan apa, tak sempat nak amik gambaq step by step..insyaAllah mana tau nnt kita buat step by step. Ok bye.





No comments:

Post a Comment

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...