Hi semua. Betul ke orang cakap bahagia ne kena di jemput? Macam mana kita nak jemput bahagia? Kita boleh nampak ke bahagia tu macam mana? Tadi sambil- sambil scroll Fb, terbaca satu status nie pasal bahagia mesti dijemput.
Ayatnya simple jer, tapi sebenarnya intipati dalam sertiap ayat tu memmang kita boleh buatpun seharian tanpa perlu dipaksa.
Apa yang bahagia yang kita kena jemput?
1. Sometimes bila kita keluar makan dengan kawan -kawan, jangan keedekut untuk berbelanja. Sebab apa tau, Allah akan memberi rezeki yang lebh sekiranya kita belanja kawan kawan kita haritu. Unless memang kita dah macam nyawa nyawa ikan tu, terpaksa lah kan. Apa yang sis selalu buat, bila keluar ngan kawan -kawan tu, memang kami cakap nak share bayaq, tetapi kadang kadang tu secara spontan, masa nak balik tu, sis akan bayarkan sebab kadang kala tak salah untuk kita share rezeki dengan orang lain kan. The "Power of sedekah" seperti mana sis pernah pergi kelas anjuran Dr Azizan, IMKK...
2. Masa sis kat Melaka, setiap pagi kalau anak sis nak ke sekolah, selalu singgah gerai depan taan sebab anak sis suka makn donut akak tu.So memang beli lah hari hari seba larat ke nak buat hari hari. So kalau masa tu ada baki setakat 20 sen ke 50 sen, sedekah jerlah. Walau nilai nya kecil, tapi ganjaran nya sangat hebat di akhirat nanti.
3. Bab bagi kucing makan, semua sedia maklum yang kucing nie haiwan kesayangan nabi. Masa kerja kat sebuah kolej Swasta kat Melaka, ada sekor kucing tu yang selalu tunggu sis sampai kat ofis. Keapa? sebab dia tahu sis nie suka kucing, tak kisah ler walaupun kucing jalanan, sebab mereka nie manja. Kebetulan dekat rumah sis time tu ada 9 ekor kucing yang sis bela. Jadi makanan kucing memang sentiasa standby dalam keta. Event dekat rumah pun ada jer kucing yang tumpang makan, sampai boleh dikatakan dia pun faham, nampak jer keta sis masuk pagar, berlari dia mai rumah. Kita bagi kucing makanan, insyaAllah haiwan itu juga sentiasa mendoakan kita.
4. Nie selalu terjadi kat jalan raya. Kadang kadang kita pun dah lambat, tapi maybe ada orang lain ada emergency kot dan memerlukan mereka lalu dulu dari kita. Sentiasa lah bertolak ansur kat jalan raya. Dekat Aussie nie boleh dikatakan pemandu dia sangat mematuhi limit kelajuan dan kalau kat highway ko duduk lorong kanan pun, nak potong ke apa ke speed limit 110 km/jam.
5. Kadang kadang Allah bagi kita rezeki lebih sikit, contohnya bercuti ke mana lah walauun dlaa Malaysia, belilah cenderahti kat family, kawan kawan . Walau kecil pun mereka semua akan rasa di hargai. Mascam sekarang sis duk kat Aussie, haritu siap kirim kat kawan baik sis baju dari Aussie untuk anak anak dia. Tak kira lah urah ke mahal, yang penting tu tanda ingatan.
Ini antara bahagia yang mesti kita jemput yang sis amalkan sehingga kini. Cuma kat Aussie nie, ak jumpa kucing jalanan tu mmg susah sebab kat sini kucing yang dipelihara semua ada chips masing masing. So korang renunglah balik tentang bahagia yang mesti di jemput nie. Susah sangat ke kita nak practice? Tepuk dada tanya selera sendiri.
No comments:
Post a Comment