Wednesday, July 15, 2020

Muffin Blueberries

Assalamualaikum  & Selamat Pagi. 9Nie kat Aussie dah pagi lah dekat jam 9 pagi)

Ok, semalam rasa macam nak buat muffin bluebriies, chocolate chips & pizza lah konon. Ini semalam punya angan angan... hahaah angan angan kan percuma. Gitewww.

Tapi sebab semalam penat sebab dah masak ntuk lunch, maka kerajinan tu hilang di bawa angin sejuk sebab tgh winter kan. so kiranya angan angan dalam mimpi jerlah.

pagi nie bila bangun, masih terpandang dried blueberries tatkala prepare bekal anak ke school, maka dengan merajinkan diri, tanya cik gugel lah resepi muffin blueberries yang simple dan cepat.

alhamdulillah, cik gugel nie tak pernah mengecewakan sebab dia bg resepi Fresh muffin blueberries dari https://www.aziekitchen.com/ tapi puan azie guna fresh blueberries.

simple jer buat pun 1 adunan jer, bukan banyak pun. jadilah utk buat sarapan pagi nie. Jadilah dapat 8 ketui ja.


Resepi  Fresh Blueberries Muffin

3 sb butter
2/3 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 cawan susu
1 1/2 cwn tepung gandun
2 sk baking powder
1/2 sk garam
esen vanilla 
1-1 1/2 cawan fresh blueberries (saya guna dried blueberries + dried cranberries)

Cara buat
1. Pukul butter + gula kastor,  kemudian masukkan telur.

2. Masukkan susu dan pukul.

3. Masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking powder, last sekali masukkan garam. 

4. Masukkan garam & blueberries + cranberries.

5. Masukkan dalam mangkuk kertas, tak pun korang boleh jer spray muffin tray dengan canola oil.

6. Bakar nie, kena ikut oven masing masing, saya test suhu 170 degrees, atas tu garing sikit, maka saya guna suhu 150 jer...dalam dia lembut. Bakar dalam 20 - 25 minit.

7. Dah keluarkan lencer  dengan butter sebab dia masih panas. Resepi puan azie, boleh jer kalau korang nak sprinkle dengan gula kastor, tapi tak buat pun.

taraaa..... dah siap utk sarapan Blueberries + Cranerries Muffin.

Dah siap my Blueberries + Cranberries muffin.

jom ler buat, sangat simple dan mudah. confirm jadi. No worries....

Dah baca jemputlah komen tau. Tq tau sebab sudi membaca.

No comments:

Post a Comment

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...