Tuesday, July 14, 2020

Nasi Lemak Pandan

Hi lah , bila jadi mak mak nie kadang kadang tu kita sampai kehabisan menu nak masak apa. Mana taknya, baru habis breakfast, dah tanya lunch nak makan apa? Aduhai lah hati, kalau lah dapat off masak kan best.

Ntah ler, so dalam dok pikiaq pikiaq, tetiba teringin nak makan nasi lemak pandan...tahun lepas pernah buat sekali, so tahun nie tak buat lagi nasi lemak. Nampak tak nak makan nasi lemak pun setahun sekali tu.... Hahhhaaaa......

Yang tak bestnya sekarang nie  tak leh nak cross border, yer lah aku duk Victoria, kedai Asian kat NSW. kiranya tak lepas nak masuk lah....walhal aku nie dok border jer antara Wodonga dan Albury.

Nak tak nak nasib baik ada pewarnahijau pandan, lega lah sikit. Daun pandan tu kita buh lam nasi ja bagi wangi. Aku nie pun bukan lah pandai masak pun, tapi cukup sekadar utk memnuhi keperluan suami dan anak. 

Aku apa lagi, buatlah sambal ikan bilis, time goreng ikan bilis tak bestnya habis satu rumah bau dia...aduhai...tutup semua pintu supaya bau tak merebak. Dah ler tgh winter, buka pintu dapur nak keluarkan bau...sejuk nya aduhai....

Buat telur maa kerobau makan sorang satu, lps tu check timun dah lembik. Mlas nak keluar punya pasal, x yah ler nak letak timun. setakat kami kami jer nak makan.

taraaa....dah siap Nasi Lemak Pandan, Sambal ikan bilis.

Nasi Lemak Pandan my version.


4 comments:

  1. Terliurnya Nadia tengok !!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai...biasa jer nadia...bukan luar biasa pun..sekali sekala kita warnakan nasi lemak....

      Delete

Perjalanan ke South Australia.

Harini baru ada kesempatan update blog setelah sekian laa tak melakukannya. Bukan kerana sombong atau tak ada cerita, tetapi masa terlalu me...